Pembelajaran Di SDH Pakar Sultanah Fatimah Bermula Akhir April

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pembelajaran di Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dijangka bermula akhir bulan depan, kata isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Beliau berkata pada masa ini, kerja pengubahsuaian bangunan sedang dilakukan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, yang merupakan satu daripada tiga hospital terpilih bagi projek 'Hati Nurani'.

Dua lagi hospital kerajaan ialah Hospital Umum Sarawak serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Sabah.

"Program ini dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yakin dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan supaya pelajar yang dirawat di hospital berpeluang meneruskan pelajaran masing-masing," katanya ketika merasmikan Rumah Kasih Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada Sabtu.

Mengulas Rumah Kasih, Norainee berkata program anjuran Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia itu dapat membantu meringankan keluarga pesakit yang terpaksa bermalam di hospital yang jauh dari rumah mereka.

Katanya, mereka hanya perlu membayar RM10 semalam untuk tinggal di rumah itu sehingga anggota keluarga yang dirawat dibenar keluar dari hospital.

Beliau turut menyeru syarikat korporat supaya menyumbang kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia bagi membolehkan lebih banyak rumah seumpama itu diwujudkan di hospital seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan