Pembangkang Mahu Cetus Huru-Hara Di Kubu Kuat BN - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPUNG GAJAH: Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendedahkan beliau mendapat maklumat pembangkang menyusun strategi bagi mencetuskan huru-hara di kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata perancangan terperinci yang dilakukan pembangkang di setiap Parlimen, bahagian hingga ke pusat pengundian menunjukkan pakatan itu telah 'bankrap perjuangan'.

"Saya sudah meminta semua jentera Wanita Umno supaya siap siaga jika ada apa-apa huru-hara yang dicetuskan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Wanita Umno Bahagian Pasir Salak di Dewan Felcra Changkat Lada, Sabtu.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata sejumlah 230,000 anggota Jalinan Rakyat Wanita Umno kini bersiap sedia untuk bertindak sebagai penggempur bahagian depan BN.

Jentera itu akan menentang apa sahaja tindakan yang dilakukan pembangkang, termasuk jika pakatan itu mahu menggagalkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Mengulas senarai calon akhir Wanita BN, Shahrizat berkata beliau sudah mengemukakannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dimuktamad.

"Senarai calon itu bukan untuk Wanita Umno sahaja, tetapi untuk wanita parti komponen BN dipilih sebagai calon," katanya.

Beliau berkata Wanita BN tidak ketandusan calon kerana mempunyai pemimpin berpengalaman, baharu, profesional dan walaupun ada yang tidak memiliki ijazah, namun mereka memiliki pengalaman interaksi yang sangat baik dengan peringkat akar umbi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan