Pasukan Keselamatan Diminta Pastikan Pelatih PLKN Dua Kem Di Sabah Selamat Pulang

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meminta bantuan pasukan keselamatan bagi memastikan seramai 900 pelatih di dua kem, yang terletak di kawasan Operasi Daulat, selamat pulang ke tempat masing-masing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata dua kem itu adalah Kem San Shui di Tawau dan Kem Bagai Budi di Sandakan.

Mereka adalah antara 34,000 pelatih dari kumpulan pertama Siri Ke-10 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menjalani latihan di 81 kem di seluruh negara sejak tiga bulan lepas.

Abdul Hadi berharap pelatih itu, yang telah diberi taklimat berkaitan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah turut membantu menyalurkan maklumat sebenar kepada masyarakat umum.

"Kita telah mengarahkan komandan kem di semua pusat latihan memberi taklimat (kepada pelatih PLKN) mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan supaya ia jelas dan tidak mengelirukan masyarakat," katanya kepada Bernama di Kem PLK NCancun Park, Sabtu.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perpisahan untuk 429 pelatih yang tamat menjalani latihan di kem itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan