Muhyiddin Selar Pembangkang Kaitkan Kematian PI Bala Dengan Umno - Berita Semasa | mStar

Muhyiddin Selar Pembangkang Kaitkan Kematian PI Bala Dengan Umno

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu menolak laporan media sosial mengaitkan Umno dengan kematian penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan membidas pembangkang kerana mempolitkkan semua hal yang berlaku dalam negara.

"Apa yang berlaku di Malaysia semua konspirasi Umno, lepas ini semua yang tidak elok berlaku di Malaysia konspirasi Umno," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan maklumat seperti itu kerana ia kenyataan politik sahaja untuk tujuan mengelirukan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hello Komoditi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, Sabtu.

"Zaman ini banyak kekeliruan yang timbul dan rakyat keliru bukan sebab kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebab ia diusahakan bersungguh-sungguh oleh kilang fitnah yang dibuat oleh pembangkang.

"Mereka bekerja 25 jam sehari, tiada kerja lain hanya kitar (fitnah) sahaja, berlaku sahaja sesuatu salah BN, apa sahaja berlaku salah Umno... sebenarnya ia tidak bertanggungjawab," katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPPK, Datuk Hamzah Zainudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat serta ADU NJorak, Datuk Dr Shahrudin Md Salleh.

Balasubramaniam, 53, atau lebih dikenal sebagai PI Bala, meninggal dunia semalam di Rawang, Selangor, semalam, akibat sAkit jantung setelah mengalami sesak nafas.

Bala menjadi perhatian media pada 2008 apabila membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan