Kertas Siasatan 27 Suspek Pengganas Sedang Dilengkapkan - Polis

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Kertas siasatan terhadap 27 suspek yang disyaki pengganas dan tali barut dalam insiden serang hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas, kini di peringkat akhir untuk disiapkan.

Kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 73 tahun ditahan sejak kejadian di perkampungan air itu yang mengorbankan enam anggota polis dan enam musuh turut ditembak mati.

"Kami sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas mereka," kata Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah kepada pemberita di sini, Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan 69 suspek pengganas dan tali barut ditahan di Semporna kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serangan di Kampung Simunul.

Sementara itu, Mohd Firdaus berkata polis menemui beberapa dokumen penting dipercayai milik pengganas dalam pemeriksaan di Kampung Simunul pada Jumaat.

"Ia (dokumen) mungkin dapat membantu kami mengesan saki-baki pengganas yang masih berada di daerah Semporna," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan