Kerajaan Akan Bincang Benarkan Diplomat Filipina Lawat Suspek - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Kerajaan akan berbincang dengan pihak berkuasa bagi membenarkan diplomat Filipina di negara ini melawat suspek pengganas Sulu yang ditahan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya beliau akan berbincang dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Polis Diraja Malaysia bagi tujuan itu.

Diplomat Filipina termasuk dutanya di Kuala Lumpur mungkin dibenar melawat selepas urusan soal siasat oleh pihak keselamatan ke atas suspek selesai sepenuhnya, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 120 komputer untuk sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan terpilih, di sini, Sabtu.

Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga menyangkal laporan portal berita Philippine Daily Inquirer bahawa Malaysia menyekat pasukan kemanusiaan dan media Filipina daripada berjumpa dengan rakyat negara itu yang ditahan di pusat pemindahan di Lahad Datu.

Menurut Ahmad Zahid semua media asing termasuk dari Filipina bukan sahaja dibenar berada di pusat media di Felda Sahabat tetapi juga dibawa ke kawasan Operasi Daulat bagi mendapat gambaran sebenar, susulan ada dakwaan pihak keselamatan negara ini bertindak zalim dan mengetepikan hak asasi manusia.

Mengulas perkembangan terkini di Lahad Datu, Ahmad Zahid berkata saki-baki kumpulan pengganas itu semakin terdesak akibat ketiadaan bekalan makanan dan minuman kerana dikepung pihak keselamatan di kawasan kecil.

"Ketuanya telah meninggalkan mereka, moral mereka terlalu rendah sekarang dan masyarakat di Sabah tidak menyokong tindakan mereka, ertinya mereka tidak dapat bantuan maklumat dan juga sokongan moral keturunan Sulu di negeri Sabah," katanya.

Beliau berkata ada antara pengganas terbabit dilapor mencuri makanan di rumah kongsi dan kedai makan.

"Kita harap masyarakat setempat dapat lebih berhati-hati kerana mereka lapar dan tindakan mereka lebih agresif," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan