Kedah Boleh Maju Jika Dapat Pemimpin Cekap - Dr Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedah boleh membangun dan maju sekiranya diperintah oleh pemimpin yang cekap dan tahu bagaimana memerintah sesebuah kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Kedah, pelbagai pembangunan dilakukan di negeri Jelapang Padi itu, namun apabila tampuk pemerintahan bertukar selepas pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang tidak membawa pembangunan.

Sebaliknya, mereka asyik bertelagah sesama sendiri dan melakukan kerosakan kepada alam sekitar dengan menebang hutan, kata Dr Mahathir pada perhimpunan anak Kedah, yang dihadiri hampir 5,000 orang, di Stadium Juara di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Johari Baharom dan beberapa pimpinan tertinggi Umno Kedah.

Dr Mahathir berkata rakyat Kedah perlu memastikan BN menang besar di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi membolehkan parti komponen itu membentuk kerajaan dan meneruskan pembangunan di negeri berkenaan.

Beliau berkata dengan mengembalikan kuasa BN di peringkat pusat dan negeri akan memastikan Kedah tidak terpinggir daripada mendapat peruntukan bagi membangunkan negeri itu demi kesejahteraan rakyatnya.

Pada 2008, BN hanya memenangi lima daripada 15 kerusi Parlimen dan 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah.

Dr Mahathir turut menyarankan anak Kedah yang berada di luar kembali ke negeri itu untuk mengundi seperti yang dilakukan beliau dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Kami tidak tukar tempat pendaftaran mengundi kerana berasa terhutang budi dengan Kedah. (Malah) Saya aktif sekarang kerana kita nak balas budi, balik kepada budaya Melayu yang sentiasa membalas budi. Parti kita berbudi pada kita, saya tidak jadi PM kalau tidak kerana parti. Kita ada tempat dalam politik kerana parti," katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota agar mengelak budaya mensabotaj calon B Nbagi memastikan kemenangan kepada parti, dan bukan kemenangan kepada individu semata-mata.

"Saya harap semua pengundi di Kedah akan undi dan hanya sokong BN walaupun dia (calon) Cina, India atau orang yang kita tidak suka kerana kita kena undi BN. Yang hendak memerintah adalah BN bukan Saad, bukan Ibrahim. Kalau parti kalah, tidak bau pun hendak jadi ahli exco, jauh sekali nak jadi Menteri Besar. Sebab itu kita kena utamakan parti lebih daripada calon," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan