Bekas Pengarah Urusan Bank Rakyat Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kamaruzaman Che Mat
Kamaruzaman Che Mat

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat meninggal dunia di Hospital KPJ Selangor, Shah Alam pagi Sabtu akibat masalah buah pinggang.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat bank berkenaan memberitahu Bernama, Kamaruzaman, 59, mengadu mengalami masalah pernafasan lewat malam tadi sebelum meninggal pada 1.45 pagi.

Allahyarham menerima rawatan buah pinggang di hospital itu sejak akhir bulan lepas. Jenazah dibawa ke kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam sebelum disembahyang di Surau Al-Hidayah pada pukul 11.30 pagi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada tengah hari. Allahyarham meninggalkan isteri Datin Umi Salmah Mahali, 54, dan tiga orang anak lelaki.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Profesor Adjung, Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan