Tolak Pihak Dakwa Peristiwa Lahad Datu Sandiwara - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIK: Rakyat perlu melihat peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai usaha menggugat keselamatan serta kedaulatan negara dan menolak golongan yang mendakwa kejadian itu sebagai satu sandiwara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata golongan itu sebaliknya disifatkan sebagai pengecut dan sikap berdiam diri pemimpin pembangkang terhadap kejadian itu amat mengelirukan.

Beliau berkata rakyat perlu menilai sikap golongan itu yang langsung tidak menghargai pengorbanan anggota polis dan tentera yang sedang bertempur dengan pengganas. "Kekejaman yang dilakukan pengganas kepada anggota pasukan keselamatan yang percaya mereka hendak menyerah diri sebagai sikap pengecut sama dengan mereka yang mendakwa kejadian itu satu sandiwara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang ke-31 di kampung Keda Sungai Semiar, di sini, Jumaat.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, Mukhriz berkata kandungan buku 'Sayangi Kedah Sejahtera' yang diedarkan kepada rakyat baru-baru ini adalah pembohongan oleh kerajaan PAS. Mukhriz berkata lebih 90 peratus isi buku itu adalah pembohongan yang dilakukan kepimpinan PAS Kedah yang mendakwa mereka berjaya melakukan pelbagai pembangunan di negeri ini sejak mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) lima tahun lalu.

"Saya berani kata 90 peratus isi kandungan buku itu pembohong kerana semua projek yang disebut dalam buku itu adalah diasaskan oleh kerajaan BN dahulu dan PAS hanya mengakui sahaja mereka yang buat" katanya.

Selepas majlis berkenaan, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, turut menziarahi keluarga Insp Mohd Hasnal Jamil, 31, yang mengalami kecederaan ketika bertugas dalam kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, di Felda Teloi Timur di sini.

Dalam kejadian itu anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di perut akibat ditembak dan hampir putus tangan akibat ditetak dengan parang oleh pengganas.

Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Datuk Mohd Arpan Shaari dan anggota Dewan Undangan Negeri Belantik Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sik, Mahathir Abd Hamid. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan