Siasat Hubungan Anwar Dan Misuari - Shafie Apdal

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kerajaan diminta menyiasat hubungan baik antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan mereka itu dilihat menimbulkan persoalan apabila Anwar dan Nur Misuari kerap berjumpa meskipun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi.

"Bagi saya, Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Bera di Bohor Baru, di sini, Khamis.

Turut hadir Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pendedahan laman web WikiLeaks baru-baru ini membuktikan Anwar dan Misuari sering mengadakan pertemuan.

"Gambar Anwar yang rambutnya sudah putih itu membuktikan bahawa itu adalah gambar terbaharu.

"Dia (Anwar) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat politiknya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan