PM Adakan Pertemuan Dengan Ketua Komponen, Pengerusi BN Negeri Menjelang PRU

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika tanda-tanda pilihan raya semakin hampir, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk memuktamadkan peruntukan kerusi dan pemilihan calon.

Pada sesi 'maraton' yang mengambil masa lebih dari tujuh jam di Putrajaya, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN bertemu pemimpin komponen ketua-ketua BN negeri, pada Khamis.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertemu pemimpin-pemimpin negeri pada satu masa yang sama.

Seorang Menteri Besar dan pengerusi BN negeri berkata agenda utama adalah untuk melihat senarai cadangan calon bagi parti-parti komponen BN, kecuali UMNO.

"Mungkin ada pertukaran kerusi di beberapa negeri, tetapi saya tidak fikir pembubaran (Parlimen) akan dibuat sebelum Perdana Menteri mengumumkan laporan tahunan Pemandu pada Selasa," katanya.

Mengenai calon, beliau berkata akan terdapat "campuran yang baik" antara penyandang masa kini dan muka-muka baru.

Mesyuarat itu bermula pada pukul 12.30 tengah hari di pejabat Perdana Menteri dan berterusan sehingga selepas pukul 7 petang.

"Mesyuarat itu juga memberi tumpuan kepada memastikan BN meletakkan calon boleh menang," kata seorang pembantu kepada menteri.

Yang pertama bertemu dengan Najib, Muhyiddin dan Adnan adalah Pengerusi BN Johor dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Seterusnya ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, diikuti oleh Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sesi berakhir dengan pertemuan dengan pemimpin Sabah.

Sementara itu, menjelang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik kembali 222 pegawai pengurus pilihan raya pada 22 Mac, beberapa hari sebelum Parlimen diramalkan akan dibubarkan secara meluas.

Ini akan menjadikan ia pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia apabila pegawai pengurus akan kembali dilantik sebelum pembubaran Parlimen, kata Timbalan Pengerusi SPR , Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Ini bagi memastikan persiapan kami berjalan lancar dan kita tidak terperangkap dalam keadaan ketiadaan pengawal apabila pembubaran dibuat.

"Dengan lebih rakyat Malaysia di luar negara kini dibenarkan mengundi melalui pos, pegawai pengurus akan mempunyai lebih banyak tugas untuk dilaksanakan, jadi mereka memerlukan permulaan," katanya.

Spekulasi meluas menyatakan Najib akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac untuk membubarkan Dewan Rakyat, di mana selepas itu pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari. Tarikh pilihan raya akan ditetapkan oleh SPR.

Wan Ahmad berkata pegawai pengurus adalah amat penting kali ini disebabkan peningkatan dalam bilangan pengundi pos di luar negara yang permohonan mereka perlu diproses dan diluluskan secepat mungkin.

Pengundian awal untuk anggota tentera dan polis juga bermakna tanggungjawab mereka bertambah.

Seramai 13.4 pengundi akan layak untuk membuang undi mereka dalam pilihan raya umum akan datang di lebih 8,000 pusat mengundi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan