Perwira Negara Tidak Keseorangan Dalam Perjuangan Pertahan Negara - PM

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perwira negara tidak keseorangan dalam perjuangan mereka mempertahan tanah air daripada penceroboh militan di Lahad Datu, Sabah.

Perdana menteri berkata rakyat Malaysia menyokong penuh apa jua tindakan untuk menghapuskan musuh durjana negara itu.

"Kita sebagai rakyat Malaysia mesti mengatakan bahawa perwira-perwira kita itu tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.

"Kita, rakyat pada perhimpunan di Kuala Krai ini dan rakyat Malaysia teramai, menyokong penuh apa jua tindakan menghapuskan musuh durjana negara," katanya ketika berucap di hadapan lebih 45,000 orang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini Jumaat.

Najib yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata beliau marah dengan sikap pembangkang yang mempermain isu pencerobohan militan di Lahad Datu itu kerana soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipermain-mainkan.

"Ambo (saya) yang jadi marah sebab dalam isu Lahad Datu ini, kita kena bersatu, soal keselamatan negara sepatutnya tidak kira bulan (PAS), roket (DAP), (atau) mata sebelah (PKR), soal keselamatan dan kedaulatan negara ini, tidak boleh dimain-mainkan," katanya.

Perdana menteri berkata beliau begitu sedih apabila melihat perwira negara gugur semasa mempertahan negara daripada pencerobohan musuh durjana itu.

"Ambo (saya) sedih sebab sebagai perdana menteri satu daripada kerja yang ambo rasa amat berat sekali bila menerima jenazah perwira-perwira negara, dibawa dengan kapal terbang turun di lapangan terbang. Ambo boleh tengok muka balu, suara tangisan balu, ambo boleh tengok muka anak hilang tempat bermanja, kegembiraan keluarga berganti dengan duka dan tangisan, (mereka) cuma disambut dengan doa, itu sahaja yang mampu," katanya sambil menyatakan situasi itu amat memedihkan hati beliau.

Lapan anggota polis dan dua tentera gugur dalam Operasi Daulat untuk mengusir penceroboh di Lahad Datu.

Perdana Menteri berkata pembangkang yang mempermain-mainkan soal keselamatan dan kedaulatan negara ini perlu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut dengan lagu patriotik 'Barisan Kita' yang dinyanyikan hadirin dengan penuh semangat dan kemudian mereka bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mengangkat doa untuk perwira yang terkorban.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan