Penjawat Awam Hina Pasukan Keselamatan Diambil Tindakan Serta-Merta

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Tindakan tatatertib akan diambil serta-merta terhadap penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan terlibat dalam Operasi Daulat membanteras penceroboh militan dari selatan Filipina.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan kerana kejadian pencerobohan itu benar dan ada anggota pasukan keselamatan yang terkorban mempertahankan negara.

Beliau berkata tidak semua penjawat awam memberikan komen yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya hanya segelintir yang membuat komen negatif terhadap insiden pencerobohan militan itu.

"Jika kami mendapat bukti mana-mana penjawat awam terlibat, tindakan akan diambil serta-merta," katanya kepada pemberita dalam lawatannya ke markas operasi pasukan keselamatan di Felda Sahabat 16, dekat sini Jumaat.

Ali berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan segelintir penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Lahad Datu melalui media sosial Facebook, Twitter dan blog.

Beliau berkata tindakan tatatertib akan diambil terhadap seorang guru dari Kelantan yang didakwa menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di laman Facebooknya baru-baru ini.

Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian itu akan mengambil tindakan tegas terhadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.

Insiden pencerobohan militan di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu telah mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera.

Ali turut menasihatkan penjawat awam supaya lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat dan komen yang dikeluarkan di laman sosial mereka.

"Ini masanya bukan saja penjawat awam tetapi semua rakyat patut ada semangat patriotik yang kuat. Kita sekarang diserang pengganas, inilah masanya kita bersama-sama menentang mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan