Muhyiddin Kesal, Akan Kenakan Tindakan Terhadap Guru Hina Pengorbanan Wira Negara

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tindakan seorang guru di Kelantan mengeluarkan kata-kata menghina pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial, Facebook.

Timbalan perdana menteri dan juga menteri pelajaran itu berkata sebagai rakyat, guru itu sepatutnya menghargai pengorbanan wira-wira negara seperti mana rakyat lain dan bukannya menghina pasukan keselamatan negara yang sedang bertugas di Lahad Datu, Sabah, bagi mempertahan kedaulatan negara yang tercinta.

"Ini bukan suatu perkara yang remeh, satu perkara cukup serius yang menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan.

"Rakyat Malaysia yang taat setia kepada negara, yang cintakan negara sepatutnya menghargai pengorbanan besar yang telah dibuat oleh pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain, di sini Jumaat.

Lelaki berkenaan dalam laman Facebooknya dan dipetik oleh beberapa penulis blog menggelar polis 'anjing' dan menyifatkan kematian mereka yang terkorban sebagai 'mati katak'.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata tindakan akan diambil terhadap guru berkenaan mengikut peraturan tatatertib di bawah Kementerian Pelajaran.

"Tindakan akan diambil mengikut peraturan disiplin iaitu pertama, meminta tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau," katanya.

Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Kelantan telah diarah menyiasat kenyataan guru terbabit.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata imej dan reputasi warga pendidik turut terjejas akibat tindakan guru itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan