Lucut Kerakyatan Tali Barut Pengganas Sulu -Veteran Umno

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Veteran Umno menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan penduduk tempatan yang membantu dan menjadi tali barut pengganas Sulu dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha kelab Datuk Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara.

"Veteran menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka. Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada negara.

"Veteran yakin memang wujud tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik atau penduduk tempatan," katanya kepada Bernama pada Jumaat. Dalam tragedi berdarah di Sabah itu, 10 anggota pasukan keselamatan gugur manakala 58 daripada kumpulan militan ditembak mati. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan