Lahad Datu: Penggodam Berang, Serang Laman Web Kerajaan Filipina

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggodam Filipina kini melancarkan serangan terhadap beberapa laman web kerajaannya ekoran krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah, mereka menuduh pentadbiran Presiden Benigno Aquino III gagal mencari jalan penyelesaian dalam isu berkenaan.

Dengan menggunakan nama, 'Anonymous Philipines', penggodam berkenaan menyerang laman web rasmi Aquino dengan meninggalkan mesej di sana.

Antara mesej yang dipaparkan di laman web berkenaan ialah: “…Kami berharap anda dapat mengambil tindakan sepatutnya dengan bijaksana malangnya anda gagal. Anda tidak lakukan apa-apa ketika saudara kami dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia.”

Mereka juga menuduh kerajaan Filipina gagal menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh pasukan keselamatan sepertimana yang berlaku di pantai timur Sabah, walaupun dakwaan tersebut dinafikan oleh Putrajaya.

“Sebagai Presiden Filipina, jika anda tidak boleh mengambil tindakan ke atas isu itu, sekurang-kurangnya anda perlu membantu rakyat Filipina yang terseksa di sana. Kami memerhatikan anda,” menurut mesej itu.

Menurut Philippine Inquirer, serangan di laman web Aquino itu dipercayai berlaku pada awal pagi Khamis pada pukul 1.30 pagi.

Walaupun telah pulih, banyak laman web kerajaan yang lain masih mengalami kerosakan sehingga petang Khamis.

Serangan penggodam itu berlaku lagi selepas 10 hari penggodam kedua-dua negara Malaysia dan Filipinan meminta gencatan senjata berikutan perang siber yang berlanjutan selama tiga hari.

Akibat serangan itu beratus-ratus laman web kepunyaan kedua-dua negara mengalami kerosakan, ia berlaku beberapa jam selepas pengganas bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia mula bertempur dalam satu kejadian tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Lebih daripada 60 orang terbunuh, termasuk 10 anggota tentera dan pegawai polis serta pengganas Sulu sejak serangan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan