Lahad Datu: NGO Adakan Himpunan Seru Rakyat Pertahan Kedaulatan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERHIMPUNAN AMAN... Presiden Jati Datuk Dr Hasan Mohd Ali berucap di hadapan ahli-ahli dan para penyokong badan bukan kerajaan (NGO) ketika mengadakan perhimpunan aman selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat.-Foto BERNAMA
PERHIMPUNAN AMAN... Presiden Jati Datuk Dr Hasan Mohd Ali berucap di hadapan ahli-ahli dan para penyokong badan bukan kerajaan (NGO) ketika mengadakan perhimpunan aman selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat.-Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ratusan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam berkumpul di hadapan Masjid Negara di sini selepas selesai solat Jumaat bagi menggesa semua rakyat bersatu untuk mempertahankan kedaulatan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata setiap rakyat tanpa mengira bangsa perlu menjalinkan hubungan bersama dalam memberikan sokongan dalam usaha menjaga keamanan negara.

"Berilah sokongan tidak berbelah bahagi kepada anggota keselamatan yang memperjuang negara.

"Bagi pihak Jati yang memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, kami tidak reda dengan apa yang berlaku...tidak reda dengan tindakan kumpulan pencerobohan yang mahu menjajah Sabah," katanya pada Himpunan Gerakan Rakyat Menolak Pengkhianat Negara.

Turut hadir Mursyidul Am Gerakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Mengenai dakwaan wujudnya dalang di sebalik insiden pencerobohan Lahad Datu, beliau menggesa agar 'penyuntik kuman' yang menggugat kedaulatan negara dihapuskan dengan segera.

"Kita nyahkan individu-individu yang menyuntik kuman-kuman keganasan,pertempuran sesama sendiri dan membawa kepada perpecahan umat Islam.

"Jika ada pencuri masuk ke rumah kita, kita halau...tapi ada kumpulan yang menceroboh masuk ke negara kita. Mari kita sama-sama tentukan mereka dapat balasan sepatutnya," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Nordin turut menyeru rakyat Malaysia supaya menjadikan peristiwa di Lahad Datu sebagai satu pengajaran dan bersama membangkitkan solidariti dalam mempertahankan negara.

"Kita sedang berdepan dengan keadaan yang mengancam kedaulatan negara ekoran pencerobohan di Lahad Datu. Jadikan peristiwa itu sebagai satu pengajaran kepada kita," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan