Lahad Datu: Malaysia, Filipina Berkerjasama Usir Sisa Penceroboh

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMANGAT … Ahmad Zahid Hamidi bersama anggota-anggota tentera memberi sokongan dan semangat kepada wira negara yang sedang berjuang di Lahad Datu pada majlis perjumpaan warga tentera kawasan Taiping dengan Menteri Pertahanan di Kem Rejimen Ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, Taiping, Jumaat. -fotoBERNAMA
SEMANGAT … Ahmad Zahid Hamidi bersama anggota-anggota tentera memberi sokongan dan semangat kepada wira negara yang sedang berjuang di Lahad Datu pada majlis perjumpaan warga tentera kawasan Taiping dengan Menteri Pertahanan di Kem Rejimen Ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, Taiping, Jumaat. -fotoBERNAMA

TAIPING: Kerajaan Filipina dan Malaysia bersetuju untuk mengadakan kerjasama erat bagi mengusir sisa penceroboh militan di Lahad Datu dan kawasan-kawasan lain di Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini telah dinyatakan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin ketika beliau melawat Putrajaya pada Khamis.

"Beliau telah berjanji untuk menjalankan siasatan penuh dan membawa penceroboh ke mahkamah Filipina untuk tindakan," kata Ahmad Zahid dalam satu sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen Ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, Taiping, Jumaat.

"Filipina juga akan menggunakan rangkaian perisikan mereka untuk mengetahui dalang di sebalik pencerobohan," katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan Filipina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

"Mereka sedang mengumpul keterangan lanjut.

"Peguam Negara kita juga sedang melihat pilihan sama ada Jamalul boleh dibicarakan di mahkamah Malaysia," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan