Jangan Lindungi Pati & Pengganas - Nasir

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Penduduk Semporna diingatkan supaya jangan sekali-kali melindungi individu tidak dikenali dan pendatang tanpa izin walaupun mereka mungkin mempunyai pertalian keluarga.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata sebaliknya penduduk perlu terus memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam usaha memburu saki-baki penceroboh militan di daerah itu.

Nasir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang berkata penduduk wajib melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika mengetahui kehadiran individu tidak dikenali di kawasan mereka.

"Dalam hal keselamatan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun demi menjamin keselamatan, kemakmuran dan keamanan rakyat serta negara ini," katanya ketika melakukan ziarah rakyat dan majlis bersama rakyat di Kampung Bubul Laut, Kampung Bulingisan dan Kampung Keramat di sini, Jumaat.

Nasir berkata selama ini kehidupan masyarakat Semporna aman, makmur dan selamat sehingga membolehkan kerajaan membangun serta melaksana pelbagai program di kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira suku kaum, anutan agama mahupun ideologi politik. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan