Imam Berceramah Politik di Masjid Akan Dikenakan Tindakan - Maidam

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan bertindak ke atas imam di negeri itu yang didapati mengadakan syarahan atau ceramah berunsur politik di dalam masjid.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Ishak berkata perbuatan itu bercanggah dengan tugas hakiki mereka iaitu mengimamkan solat dan membacakan khutbah ketika solat Jumaat.

"Kita ada terima laporan dari beberapa daerah yang mengatakan imam-imam ini mengadakan ceramah politik dalam masjid. Ini satu kesalahan kerana tugas utama ialah mengimamkan solat dan membaca khutbah, bukan mengambil peluang berpolitik," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Katanya dalam tempoh dua tahun lepas, belum ada imam di negeri itu yang dikenakan tindakan dibuang kerja atau ditukarkan sekalipun didapati terlibat dalam politik secara terang-terangan.

"Namun bagi tahun ini, jika imam-imam didapati masih meneruskan kesalahan mereka, kita akan siasat dan membuat laporan kepada jawatankuasa tatatertib (Maidam). "Jika kesalahan yang didapati agak serius, jawatankuasa tatatertib boleh mengambil tindakan yang lebih serius sehingga kita boleh memecat imam berkenaan," katanya.

Menurutnya tindakan tatatertib itu merangkumi imam penjawat awam yang dibayar gaji oleh kerajaan dan juga imam mukim yang hanya menerima elaun daripada kerajaan.

Katanya selaku orang yang ditauliahkan untuk membimbing umat Islam, seseorang imam tidak harus menyalah guna kuasa dengan menjadikan masjid pentas politik sehingga memecahbelahkan perpaduan ummah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan