Baharuddin Sasterawan Negara Ke-12

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali Baha Zain.
Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali Baha Zain.

PUTRAJAYA: Datuk Baharuddin Zainal telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-12.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya pada Jumaat, dan berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah itu pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Baharuddin atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain akan menerima antara lain wang tunai RM60,000.

Sselain itu beliau juga menerima penerbitan 50,000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah RM500,000 untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan, kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan dan berapa kemudahan lain dalam mencipta karya sastera.

"Pemilihan beliau dibuat berdasarkan sumbangan yang cemerlang dan berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi," kata Muhyiddin.

Anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang berusia 72 tahun ini berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul Perempuan dan Bayang-Bayang yang dihasilkan pada 1974.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada 1980 selain Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) pada 2004 dan Anugerah Budaya Gapena pada 2008.

Pada awal 60-an, beliau melibatkan diri dengan Pena dan memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi Presiden Pena pada 2008 hingga 2010.

Pada 2011, beliau menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) yang merupakan nugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan Baharuddin semasa menerajui Pena sehingga menjadi sebuah persatuan penulis yang konsisten dalam memartabatkan bahasa dan persuratan di negara ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan