Ada Keperluan Tubuh RCI - Tun Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi mengenalpasti dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata, penubuhan RCI mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai insiden tersebut.

"Kita mempunyai kerajaan yang terbuka. Mereka (kerajaan) boleh tubuhkan RCI sekiranya rakyat ingin tahu mengenai siapa dalang di belakang pencerobohan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Keamanan Perdana Global (PGPF) sebanyak RM80,000 kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Jumaat.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mewakili ahli keluarga pewira negara yang gugur ketika mempertahankan negara di Lahad Datu.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan sumber kewangan yang diperolehi untuk membiayai operasi kumpulan pengganas Sulu.

"Operasi itu memerlukan sumber kewangan yang besar...jadi dari mana wang itu datang? Saya sendiri tertanya-tanya mengenainya.

"Saya percaya Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu adalah lelaki miskin...dari mana wang untuk membiayai kumpulan pengganas itu datang?," katanya.

Beliau percaya wujud pihak ketiga yang membiayai pergerakan kumpulan pengganas Sulu memandangkan kerajaan Filipina mengesahkan Kiram adalah lelaki miskin.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Hishammuddin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan