5 Wanita Malaysia Disenarai Pendek Bagi Anugerah Pencapaian Wanita Dalam Kepimpinan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima wanita Malaysia merupakan antara calon yang di senarai pendek bagi pelbagai kategori Anugerah Pencapaian Wanita Dalam Kepimpinan (WIL), bersempena dengan Forum WIL Tahunan Asia ke-3 yang akan diadakan di sini pada 28-29 Mac.

Lima wanita Malaysia yang menerima pencalonan ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Prof Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim, yang mana kedua-duanya di senarai pendek dalam kategori "Wanita Peneraju dalam Sektor Awam".

Sementara itu Winnie Loo, Pengasas dan Ketua Pengarah Kreatif A Cut Above, Shanaz Oli Mohamed, Pengarah Urusan Natural Wellness Holdings dan Hayati Taib Pengarah Urusan Kumpulan Myagri Group of Companies, semuanya di senarai pendek dalam kategori "Usahawan Paling Inovatif Tahun Ini".

"Ahli perniagaan paling berjaya dan berdedikasi di Asia akan diberi pengiktirafan," kata Pengurus Besar Naseba Asia Pasifik, Adam Fletcher dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Naseba, syarikat maklumat dari Perancis, merupakan penganjur forum tersebut yang menyatukan ketua-ketua perniagaan berpengaruh, dan menyediakan platform untuk berinteraksi dengan ahli perniagaan wanita dari semua latar belakang, industri dan lokasi di seluruh rantau ini.

Kategori anugerah lain termasuk Ahli Perniagaan Wanita Terbaik, Juara Perubahan Lelaki dan Majikan Paling Mesra Pekerja Wanita.

Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Mohd Bakke Saleh, Presiden Unilever Asean dan Australia Peter Ter Kyulve dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Maybank Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar di senarai pendek bagi anugerah Juara Perubahan Lelaki.

Sementara itu Standard Chartered Malaysia dan Agilent Technologies bersaing dalam kategori Majikan Paling Mesra Pekerja Wanita.

Fletcher berkata edisi tahun ini menjadi tuan rumah kepada 250 ahli perniagaan wanita dan ketua-ketua industri dari 18 negara yang membincangkan mengenai strategi utama bagi model pertumbuhan baharu, dasar mapan untuk menggalakkan kepimpinan pemikiran dan strategi untuk membangunkan masa depan perniagaan di Asia.

Ia juga menyediakan peluang kepada organisasi tempatan dan global untuk menunjukkan kepelbagaian dan inisiatif terangkum mereka kepada audien sasaran elit iaitu ketua-ketua perniagaan terkemuka dan paling berjaya di Asia.

Forum dua hari itu diadakan di bawah naungan Datin Paduka Rosmah Mansur.

Beliau akan merasmikan majlis pembukaan forum tersebut dan menyampaikan ucap tama. Antara penceramah antarabangsa yang menyertai Forum WIL Asia itu ialah Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Seri Ng Yen Yen, Pengerusi Philippines Commission on Women (PWC), Remedios I Rikken, Pengarah Urusan Sintesa Group, Shinta Widjaja Kamdani dan Pengurus Kanan Global Diversity and Inclusion of Unilever, Subarna Malakar.

Forum siri global WIL telah dianjurkan di Dubai, Abu Dhabi, Shanghai, dan Delhi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan