Semangat Anggota Keselamatan Tinggi, Terus Pertahan Negara - Hamza

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Moral serta semangat pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia tetap tinggi untuk mempertahankan keselamatan negara terutamanya buat penduduk di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, PDRM akan membuat penambahan anggotanya di beberapa balai polis yang terletak di pesisiran pantai timur di negeri tersebut.

"Apabila saya tanya tentang semangat mereka (anggota keselamatan), mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meneruskan operasi mengesan dan menjejaki musuh di sini.

"Kita akan buat penambahan anggota daripada jabatan lain untuk sementara waktu sehingga penambahan kekal dapat dilaksanakan. Ini penting bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa mereka adalah selamat," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, yang disiar secara langsung pada pagi Khamis.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu manakala 56 musuh ditembak mati.

Hamza berkata, pasukan keselamatan akan memberi tumpuan di kawasan Sungai Bilis serta kerja pembersihan dan mengeluarkan mayat di Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo diteruskan pagi Khamis.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan operasi serta kita juga minta bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat kepada pasukan keselamatan," katanya.

Mengulas lanjut tentang keadaan di Lahad Datu dan Semporna beliau berkata, keselamatan di kawasan tersebut kembali normal dan aktiviti harian berjalan seperti biasa.

Sementara itu anggota Parlimen Silam, Dr Salleh Kalbi berkata, aktiviti orang awam berjalan seperti biasa serta keadaan pelajar dan guru di beberapa sekolah yang baru dibuka juga dalam keadaan baik dan selamat.

"Keadaan dan kesesakan di pasar-pasar di kawasan terlibat berjalan seperti biasa. Penduduk juga menjalani aktiviti harian tanpa rasa bimbang.

"Ini menunjukkan tahap keyakinan masyarakat terhadap anggota keselamatan tinggi serta mereka sentiasa menyokong tindakan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan pengganas di sini," katanya.

Salleh berkata, kerajaan bersetuju untuk penjadualan semula bayaran pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar kepada penduduk yang terjejas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan