Perkhidmatan Komuter KTM Terganggu Pada Sabtu & Ahad

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Kuala Lumpur-Putra dijangka mengalami kelewatan pada 16 dan 17 Mac berikutan kerja penukaran jambatan keretapi berhampiran Stesen Komuter Bank Negara.

Menurut kenyataan KTMB di sini hari ini, kerja menukar jambatan itu akan dilakukan pada 16 Mac (dari 12.01 pagi hingga 12 malam) dan 17 Mac (12.01 pagi hingga 10 pagi).

Kelewatan dijangka berlaku kerana keretapi hanya menggunakan satu landasan sahaja, menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, penukaran jambatan tersebut bertujuan meningkatkan kapasiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan tren kepada pengguna.

"Kekerapan tren komuter bagi semua laluan adalah setiap 30 minit. Kami akan berusaha meminimumkan kelewatan ketika kerja penyelenggaraan ini dijalankan", menurut kenyataan itu.

Sementara itu, KTMB berkata perkhidmatan tren komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan beroperasi di antara laluan Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur dan Batu Caves-Sentul manakala laluan Rawang-Sungai Gadut akan beroperasi seperti biasa.

Sebagai langkah menampung ketiadaan perkhidmatan tren komuter di antara laluan Sentul-Kuala Lumpur-Sentul, perkhidmatan bas shuttle akan disediakan untuk kemudahan orang ramai, menurut KTMB.

KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1 300 88 5862 untuk maklumat lanjut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan