Ops Daulat: Seorang Lelaki Miliki Pedang Samurai, Parang Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Tanjung Labian awal pagi Khamis setelah didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki itu yang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibawa mengandungi senjata berkenaan.

Katanya lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat.

"Siasatan adalah untuk ketahui latar belakang lelaki tersebut," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Khamis.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Dalam pada itu Ismail berkata tiada sebarang pertempuran berlaku di dalam kawasan Operasi Daulat di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun katanya pasukan keselamatan masih meneruskan operasi menjejaki saki-baki pengganas di kedua-dua kawasan berkenaan selain meningkatkan sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Beliau berkata pasukan forensik juga sedang mengumpul profil Deoxyribonucleic acid (DNA) dan cap jari 26 mayat pengganas untuk mengenal pasti identiti mereka.

Berhubung penahanan dua bot yang dinaiki 35 warga Filipina yang dipercayai pengikut Jamalul Kiram di perairan Tawi-Tawi semalam, Ismail berkata pihaknya masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Filipina.

Media Filipina pada Rabu melaporkan unit peronda Tentera Laut Filipina menahan 35 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah sekitar jam 6.30 pagi, dan beberapa unit senjata serta bahan letupan turut dirampas dari bot berkenaan.

Ismail sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat selain meminta semua pihak memberi kerjasama yang baik bagi menjamin kejayaan operasi itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan