Operasi Kilang Penapisan Minyak Sawit di Felda Sahabat Tidak Terjejas - Pengurus

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Eksport minyak sawit yang telah diproses di loji penapisan di Felda Sahabat tidak terjejas ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang berhampiran, kata Pengurus Kawasan Felda Transport Services Sdn Bhd Sukirman Muhtar. Beliau berkata operasi kilang berkenaan masih berjalan seperti biasa termasuk aktiviti mengeksport minyak sawit ke pasaran antarabangsa. "Langkah pihak keselamatan yang memperketatkan kawalan telah berjaya meningkatkan keyakinan para peniaga. Operasi kami masih berjalan seperti biasa dan pekerja menjalankan kerja juga seperti biasa," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Kilang penapisan minyak sawit mentah yang terletak di Felda Sahabat 16 di sini juga berhampiran dengan kawasan Operasi Daulat, iaitu kira-kira 16 kilometer, katanya.

"Kapal tangki pertama untuk hari ini, Bunga Allium, berlabuh di jeti Felda Sahabat 16 pada pagi tadi untuk mengambil minyak sawit mentah yang telah diproses untuk penghantaran ke Pakistan," katanya. Sukirman berkata dalam tempoh sebulan, lapan kapal tangki berlabuh di jeti itu untuk mengambil minyak sawit mentah dan setiap kapal tangki mampu membawa muatan sebanyak 35,000 metrik tan bergantung kepada saiz kapal.

"Jika kapal kargo, maksimum dia boleh bawa adalah 25,000 metrik tan," katanya.

Selain ke Pakistan, minyak sawit mentah turut dieksport ke negara lain seperti China, Taiwan dan Amerika Syarikat, katanya.

Beliau berkata kali terakhir jeti berkenaan beroperasi adalah pada 23 Februari lalu dan kemudiannya ditutup ekoran krisis pencerobohan pengganas militan dari Selatan Filipina sejak 12 Februari lepas.

Katanya ejen perkapalan yang bimbang dengan kejadian itu mengalihkan operasi mengambil minyak sawit mentah ke pelabuhan Sandakan.

Pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu berjaya dibawa keluar dari zon merah.

Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan