Lahad Datu: 2 Anggota Tentera Terkorban Dinaikkan Pangkat

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi (dua, kanan), Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kiri).-Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi (dua, kanan), Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kiri).-Foto BERNAMA

SUBANG JAYA: Dua anggota tentera yang gugur, Prebet Ahmad Hurairah Ismail,24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan,21, dinaikkan pangkat ke kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.

"Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini, Rabu.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Februari lepas.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi Isnin di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, manakala Ahmad Farhan Ruslan yang berasal dari Pasir Tumbuh, Kota Baharu, Kelantan terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ibu bapa kedua-dua anggota yang terkorban itu akan menerima pencen terbitan kira-kira RM2,500 dan perincian mengenainya akan diumum kemudian.

Beliau berkata mereka juga akan menerima faedah lain secara kumulatif hampir RM170,000 termasuk insurans berkelompok daripada koperasi dan Tabung Angkatan Tentera.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan