Kajian Menyeluruh Kejadian Banjir Kilat Di Seluruh Negara Sedang Dijalankan

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kajian menyeluruh di seluruh negara sedang dijalankan untuk mengetahui kenapa, bila dan bagaimana banjir kilat berlaku bertujuan mencari pendekatan paling sesuai untuk mencegah atau meminimumkan kesannya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kementeriannya dipertanggungjawabkan dengan tugas baharu itu yang akan menjadi sebahagian daripada Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI).

"Najib memberi kami setahun untuk menjalankan kajian itu. Kami akan menganalisis keputusannya dan menyediakan perancangan untuk menyelesaikan sebahagian daripada isu berkaitan menjelang 2020," katanya.

Uggah bercakap kepada media selepas menghadiri taklimat kemajuan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sibu Fasa Dua bernilai RM46.8 juta yang sedang berjalan, di sini hari ini.

Beliau berkata kajian itu akan meliputi semua bandar raya dan bandar utama. "Pada 7 Mac, ekoran hujan lebat secara tiba-tiba, bandaraya Kuala Lumpur menerima kira-kira 300mm hujan dalam masa empat jam, mengakibatkan banjir kilat di persekitarannya malah mengancam terowong Smart yang mujurlah mampu menahannya," katanya.

Beliau berkata ada kawasan yang belum pernah mengalami banjir kini turut terjejas mungkin disebabkan fenomena perubahan iklim global.

Uggah berkata pada 2003 kajian serupa dijalankan berkaitan banjir monsun. "Kajian itu menunjukkan kira-kira 29,000 kilometer persegi daripada negara ini terdedah kepada banjir seperti itu.

"Bagaimanapun selepas 2006 dan 2007, jumlah kawasan telah meningkat dengan kira-kira 5.6 juta penduduk negara ini terjejas," katanya.

Beliau berkata sejumlah RM40 bilion diperlukan untuk menangani sebahagian daripada masalah yang timbul itu di seluruh negara.

Mengenai banjir di Sibu, beliau memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional akan terus menangani dan menyediakan peruntukan yang perlu dari semasa ke semasa sebagai langkah pengurangan.

Beliau berkata di bawah fasa kedua yang akan siap menjelang 14 Mei 2014, hampir RM310 juta termasuk peruntukan tambahan telahpun dibelanjakan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan