JPa Hantar Pasukan Tangani Traumatik Dikalangan Penjawat Awam Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menubuhkan satu pasukan khusus bagi menangani masalah traumatik di kalangan penjawat awam yang berada di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA Dr Aris Kasan berkata anggota Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT) itu akan membantu menangani masalah tekanan perasaan, konflik dan kebimbangan selain menstabilkan emosi penjawat awam dan juga masyarakat setempat.

"Pasukan ini ditubuhkan pada 7 Mac lalu dan anggotanya terdiri pakar-pakar dalam bidang kaunseling termasuk dari Persatuan Kaunselor Malaysia, universiti dan kementerian berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Kita rasa terpanggil untuk memberikan perkhidmatan ini kerana masalah manusia yang berada dalam persekitaran konflik berisiko menghadapi tekanan psikologi dan emosi tidak stabil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Intervensi Krisis-Sentuhan Insan Pelatih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Dr Aris berkata seramai 60 anggota pasukan itu telah dihantar ke Sabah bagi menjalankan misi itu yang pada masa ini tertumpu kepada petugas di hospital, pusat kesihatan serta guru sekolah.

"Saya akan hadir mesyuarat berkenaan di Kota Kinabalu esok dan akan mendapatkan maklumat terperinci kawasan sebelum menambah keperluan anggota untuk tujuan itu," katanya.

Abdul Hadi pula berkata pasukan keselamatan akan memantau dan mengiringi bas yang membawa pulang 790 pelatih PLKN di Kem Shan Shui, Tawau dan Kem Bagai Budi Resort, Sandakan, Sabah pada 16 Mac ini bagi memastikan perjalanan mereka selamat dan terkawal.

"Ibu bapa dan keluarga tidak perlu bimbang dengan anak mereka yang akan tamat latihan dan boleh pulang pada Sabtu ini dan segala persediaan sudah dilakukan dari awal dan sebarang masalah atau perkara berkaitan situasi sekarang sudah dibendung," katanya.

Kem Shan Shui dan Kem Bagan Budi Resort, masing-masing terletak kira-kira 150km dan 120km dari Lahad Datu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan