Hentikan 'Sandiwara' Pengambilalihan Syabas - Noh Omar

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata lebih baik kerajaan Selangor menghentikan "sandiwaranya" kononnya perlu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu sebelum dapat menyelesaikan isu air di negeri itu.

"Jikalau kerajaan negeri mengambil alih Syabas pun belum tentu masalah kekurangan air akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar Malaysia di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Khamis.

Beliau berkata oleh kerana rizab air yang kurang di Selangor iaitu satu peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya, sejumlah 87,754 unit perumahan baru yang memerlukan 147.87 juta liter sehari (jls) tidak dapat dimulakan.

Begitu juga dengan pembinaan 6,240 unit kedai dan komersil baharu dengan keperluan air 38.02 jls, 4,330 unit premis perniagaan baru dengan keperluan air 9.49 jls, 3,159 unit hotel baharu dengan keperluan air 10.76 jls, 830 kilang baharu dengan keperluan air 31.24 jls dan 4,038 rumah ibadat dan sekolah baharu dengan keperluan air 900,000 liter sehari tidak dapat dimulakan, katanya.

"Apakah kesannya kepada ekonomi Selangor? Peluang kerja berkurangan dan Selangor akan jadi lebih mundur sebab kerajaan Selangor (hanya) bercakap, bukan nak selesaikan masalah rakyat," kata Noh. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan tidak ada masalah jika kerajaan Selangor hendak mengambil alih Syabas tetapi jangan kaitkan isu berkenaan sehingga pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka dapat mengelakkan Lembah Klang daripada menghadapi krisis air selama 20 tahun akan datang masih lagi tertangguh.

Noh berkata Kerajaan Persekutuan yang berpandangan jauh dalam pelaksanaan dasarnya yang menjaga kepentingan rakyat telah merancang Projek Langat 2 sejak 16 tahun lepas bagi mengatasi masalah air yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Sementara itu, Noh dalam ucapannya pada majlis itu berkata beliau hairan mengapa orang luar termasuk MEDIU boleh kagum dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi Malaysia dan tertarik untuk datang melabur di Malaysia sedangkan ada rakyat Malaysia yang tidak menghargai faktor-faktor itu.

Rektor MEDIU Prof Dr Mohammad Khalifa Al Tamimi berkata Malaysia dipilih kerana ia sebuah negara Islam dengan kemudahan prasarana teknologi maklumat yang lengkap, kehidupan masyarakat yang unik di mana masyarakat berbilang kaum dan agama hidup harmoni selain daripada kekuatan ekonomi Malaysia seiring dengan kestabilan politiknya.

Mengenai pandangan sama ada anggota keselamatan yang gugur berjuang menentang pengganas Sulu di Sabah dianggap syahid, Mohammad Khalifa berkata mereka dianggap syahid kerana terkorban semasa mempertahankan negara Malaysia yang berdaulat dan juga hak rakyatnya.

MEDIU yang memulakan operasinya pada tahun 2010 dengan konsep memberi perkhidmatan pendidikan tanpa keuntungan atau wakaf kini menerima 3,000 pelajar daripada lebih 90 negara. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan