Balu Allahyarham Sjn Azis Sarikon Terima Sumbangan RM100,000 Daripada Kerajaan Sabah

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Balu kepada Allahyarham Sarjan Abd Azis Sarikon, Siti Bandorah Mahalil, 39, membacakan surat ucapan takziah daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama anak-anaknya (dari kiri) Nurul Syazwani, 12, dan Nurul Liyana, 15, di kediamannya di Semporna pada Khamis.
Sarjan Abdul Azis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau merupakan salah seorang dari enam anggota polis yang maut dalam serangan penceroboh di kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, 2 Mac lepas.-Foto BERNAMA
Balu kepada Allahyarham Sarjan Abd Azis Sarikon, Siti Bandorah Mahalil, 39, membacakan surat ucapan takziah daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama anak-anaknya (dari kiri) Nurul Syazwani, 12, dan Nurul Liyana, 15, di kediamannya di Semporna pada Khamis. Sarjan Abdul Azis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau merupakan salah seorang dari enam anggota polis yang maut dalam serangan penceroboh di kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, 2 Mac lepas.-Foto BERNAMA

SEMPORNA: Kerajaan Sabah menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada keluarga Sarjan Azis Sarikon, anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan militan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini pada 2 Mac lepas.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman kepada balu allahyarham, Siti Badorah Mahalil di kediamannya di Taman Pelangi, dekat sini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Siti Badorah, 39, berkata wang berkenaan akan digunakan sebaik-baiknya untuk kehidupan mereka sekeluarga, terutamanya dalam memberi kehidupan lebih baik kepada empat anaknya berumur antara tujuh dan 18 tahun.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan dan bantuan yang diberi. Bantuan ini adalah untuk masa depan anak-anak saya," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya Datuk Ramlee Marhaban dan Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah.

Ramlee berkata sumbangan itu tanda keperihatinan dan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Allahyarham Abd Azis, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau merupakan seorang daripada enam anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di perkampungan air itu, dan berasal dari Batu Pahat, Johor. DI TAWAU, Sukarti turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada balu Allahyarham Koperal Salam Togiran, Marlina Utan, 38, di Bandar Seri Indah.

Marlina mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan kebajikan keluarganya.

Salam, 42, terkorban dalam insiden serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna, pada 2 Mac lepas. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan