11 Bahagian SPDP Pilih Anthony Ngeh Calon Kerusi Mas Gading

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Sebanyak 11 bahagian Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dari wilayah tengah negeri itu hari ini memperakukan sepenuhnya Anthony Nogeh sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Mas Gading pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Timbalan Setiausaha Agung SPDP, Paul Igai, selaku jurucakap 11 bahagian itu, memberitahu media bahawa mereka menggesa presiden Tan Sri William Mawan Ikom supaya berpegang teguh dengan senarai pencalonan parti itu.

"Kami dengan rendah diri merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN untuk mempertimbangkan pencalonan tunggal kami untuk kerusi Parlimen Mas Gading," katanya. Nogeh, seorang peguam, bakal melepaskan jawatan timbalan pengurus besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA).

Igai berkata parti itu sedar bahawa ada kumpulan tertentu sudah turun ke padang bagi memastikan penyandang kerusi itu, Datuk Dr Tiki Lafe, terus mempertahankan kerusi itu pada PRU ke-13 akan datang. "Kita sama sekali menentang sebarang campur tangan luar. Pada hakikatnya Dr Tiki tidak lagi anggota parti. Beliau dipecat dan secara teknikal, beliau tidak lagi menjadi anggota BN pada tarikh Parlimen dibubarkan," kata Igai, ketika membaca kenyataan yang disediakan.

"Walaupun beliau (Dr Tiki) menyertai apa yang dipanggil kelab BN...ia bukan satu entiti dan tidak ada 'locus standi' untuk mewakili rakyat yang merupakan penyokong kuat BN di kawasan itu," katanya.

Igai berkata 11 bahagian SPDP itu berpendapat sekiranya Di Tiki dicalonkan semula, tindakan itu "mungkin menjejaskan kerjasama erat dalam kalangan parti komponen BN yang mungkin mengakibatkan BN hilang sokongan SPDP di kawasan lain." "Ini adalah senario yang kita mahu elak. Kami tidak mahu ahli parti patah semangat bukan sahaja di Mas Gading tetapi di seluruh negeri," katanya.

Selain Mas Gading, menurut Igai, kumpulan 11 itu mahu penyandang seperti Datuk Jacob Sagan (Baram), Jelaing Mersat (Saratok) dan Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing.

Kumpulan 11 itu terdiri daripada bahagian Ngemah, Machan, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Nangka, Tamin, Balleh, Meluan dan Pelagus. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan