Wong Tack Tanding Di Bentong Atas Tiket DAP

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan bertanding di Parlimen Bentong, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas tiket DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengumumkannya hari ini berkata DAP percaya meletakkan calon daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif memulihara alam sekitar bakal memberi kesan positif terhadap sokongan pembangkang di kawasan itu.

Parlimen Bentong pada masa ini diwakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA.

Pada pilihan raya umum 2008, Liow menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.

Wong Tack pada bulan lepas menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan mengancam untuk membakar loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau kemudian dilaporkan meminta maaf atas kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan