Tun M Kutuk Kekejaman Pengganas Sulu - Berita Semasa | mStar

Tun M Kutuk Kekejaman Pengganas Sulu

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perbuatan kejam pengganas Sulu yang disifatkan sebagai tindakan di luar batas kemanusiaan dan agama Islam.

Katanya kerajaan dan rakyat Malaysia sudah lama memberi layanan baik kepada orang Sulu memandangkan ramai di kalangan mereka sudah lama tinggal di Sabah dan menjadi maju sebagai rakyat Malaysia.

Dr Mahathir berpendapat kerajaan Malaysia juga wajar menimbangkan untuk mengurang atau melupuskan pemberian wang saguhati RM5,300 setahun kepada waris Sultan Sulu kerana tindakan menceroboh Sabah.

Kerajaan Malaysia selama ini hanya meneruskan janji yang dibuat oleh penjajah dengan kesultanan Sulu lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Konvensyen Usahawan Tani 1Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, Selasa.

Katanya Sabah kini telah maju dan kerajaan Malaysia bertanggungjawab melaksanakan pemodenan Sabah.

Turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.

Dalam pada itu Dr Mahathir juga menyambut baik langkah kerajaan menaikkan gaji polis dan tentera selaras dengan penjawat awam lain sebagai menghargai jasa mereka.

Katanya apa yang berlaku di Sabah membuatkan kerajaan menilai semula peranan yang dilaksanakan pasukan keselamatan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan