TNB Minta Parti Politik Tidak Pasang Bendera Pada Tiang Elektrik

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta semua parti politik supaya tidak memasang bendera parti masing-masing di tiang elektrik milik syarikat utiliti nasional itu.

Naib Presiden (Komunikasi dan Perhubungan Korporat) TNB Adelina Iskandar berkata tinjauannya di beberapa negeri mendapati pemasangan bendera pelbagai parti politik sudah bermula dan masing-masing mahu menempatkan bendera di lokasi paling tinggi.

"Kita dapati tiang elektrik milik TNB antara lokasi tumpuan pemasangan bendera. Kita faham mereka mahukan lokasi yang lebih tinggi namun aspek keselamatan perlu diutamakan agar ia tidak memudaratkan diri sendiri. Elakkan bendera dipasang pada tiang elektrik TNB bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau mengulas perbuatan petugas parti politik yang turut menyasarkan tiang elektrik untuk memasang bendera parti masing-masing menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin dirasai bahangnya sekarang.

"TNB kini turut giat menjalankan kempen kesedaran, khususnya pekerja ladang di kawasan Felda, serta masyarakat, agar kecederaan atau kematian akibat terkena renjatan elektrik dapat dielakkan," katanya yang ditemui selepas merasmikan Projek Mesra Rakyat TNB peringkat negeri Kedah, di Taman Setia, Bakar Arang.

Sementara itu, Adelina berkata Kedah merupakan lokasi keempat bagi penyerahan rumah di bawah Projek Mesra Rakyat TNB selepas Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur.

"Keseluruhannya, TNB memperuntukkan RM240,000 menerusi Projek Mesra Rakyat 2013, untuk membaik pulih 24 rumah di seluruh negara dengan peruntukan RM10,000 bagi setiap rumah, bagi membantu masyarakat Cina dan India yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, golongan miskin dan OKU.

"Kerja membaik pulih rumah penduduk kebanyakannya melibatkan bumbung, namun ada juga yang perlu dilakukan pendawaian semula demi keselamatan penghuninya, dan kita berharap agar sumbangan ini dapat membolehkan mereka tinggal dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat," katanya.

Program hari melibatkan dua keluarga iaitu warga emas, Chan Eak Geik, 77, dan orang kurang upaya (OKU), R Kumaravelu, 44, masing-masing di kawasan Sungai Petani. Dalam pada itu, penerima sumbangan menerusi Projek Mesra Rakyat TNB, Chan ketika ditemui Bernama melahirkan rasa syukur dan gembira atas sumbangan TNB yang membawa makna yang cukup besar untuknya sekeluarga. "Rumah yang didiami bersama tiga anak dan seorang cucu ini merupakan rumah lama, atap pula bocor. Bila sudah dibaiki, kami tidak perlu risau lagi bila hujan turun. Terima kasih TNB atas sumbangan ini, kami boleh hidup lebih selesa selepas ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan