Sultan Mahu NGO di Johor Sentiasa Bekerjasama Demi Kemakmuran Negeri

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim meminta semua badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu sentiasa bekerjasama dan bersatu padu demi kemakmuran negeri Johor.

Titah baginda anggota NGO juga perlu bersama-sama bekerja kuat agar masa depan Johor lebih terjamin. "Janganlah hidup berpecah-belah, jangan bergaduh sesama sendiri dan jagalah negeri ini," titah baginda pada majlis menerima mengadap wakil 60 NGO kaum India daerah Johor Baharu, di Istana Pasir Pelangi, di sini, Rabu.

Baginda yang berkenan meluangkan masa kira-kira sejam bersantap bersama hampir 200 wakil NGO itu turut melahirkan kegembiraan dan berbesar hati dengan kehadiran mereka.

Titah Sultan Ibrahim, baginda juga mahu wakil NGO dari kaum Melayu dan Cina berkunjung ke istana bagi berkongsi gambaran kehidupan rakyat di negeri itu.

Selain itu, baginda juga mahu ada wakil daripada kaum Melayu, Cina dan India dalam urusetia sempena program Kembara Mahkota Johor yang dijangka diadakan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Setakat ini belum difikirkan tema untuk program kali ini tetapi saya mahu pergi ke tempat yang belum dilawati. Atur cara kembara kali ini nanti akan lebih menumpukan program kebajikan," titah baginda.

Sementara itu, wakil kumpulan NGO terbabit, M. Soorianarayanan berkata pihaknya mengambil berat pesanan Sultan Ibrahim yang mahukan pelbagai NGO saling bekerjasama.

Soorianarayanan yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja India Johor Baharu berkata kesemua NGO kaum India di negeri itu juga sentiasa menjunjung taat setia kepada Sultan Johor. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan