PRU-13: Mat Sabu Pilih Tanding di Kedah Atau Selangor

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, dua buah negeri menjadi pilihannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Negeri-negeri tersebut ialah Kedah dan Selangor.

"Setakat ini belum pasti lagi nak bertanding di mana…saya juga tidak ada masalah untuk bertanding di mana-mana. Kedah boleh Selangor pun boleh.

"Kalau tidak di Wilayah Persekutuan pun saya tak kisah. Saya akan bertanding mengikut kehendak parti," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang mengatakan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang pada PRU-13 nanti.

Mengenai pembahagian kerusi di Kedah, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata hanya ada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja yang belum diputuskan.

"Ini kerana ada permintaan bertindih antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di pihak PAS kita tiada masalah semuanya telah selesai.

"Kita cuma tunggu Parlimen dibubarkan barulah kita akan umumkan nama calon-calon yang bertanding,” katanya.

Kerusi Parlimen Pendang kini disandang oleh Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan beliau dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri pada PRU kali ini.

Pada awal Mac, Yang Dipertua PAS Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dilaporkan berkata, mereka telah mencalonkan Mat Sabu dan dua yang lain untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.

Memetik sumber lain pula mendakwa Mat Sabtu tidak berminat untuk bertanding di Pulau Pinang walaupun berasal dari negeri itu kerana PAS tidak mempunyai pengaruh kuat dalam negeri yang diperintah DAP itu.

Pendang dianggap sebagai kerusi selamat kerana mempunyai jumlah ahli PAS yang ramai iaitu 15,000 orang.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan