Lima Balai Polis Diwujudkan Di Lahad Datu, Semporna Dan Kota Kinabalu

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima balai polis baharu akan diwujudkan di beberapa daerah di Sabah dengan kadar segera, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata balai polis baharu itu akan ditempatkan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu; Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul di Semporna serta Tanjung Labian dan Felda Sahabat di Lahad Datu.

Beliau berkata balai polis berkenaan dijangka mula beroperasi pada 2 April.

"Selain itu, PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga akan melihat keperluan untuk menaik taraf balai-balai polis sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Khalid berkata buat permulaan, balai polis berkenaan akan beroperasi daripada kabin-kabin sementara memandangkan pembinaan bangunan kekal akan mengambil masa.

"PDRM telah membuat membuat perancangan spesifik untuk mempertingkat kehadiran polis di Zon Timur Sabah sejajar dengan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas ESSCOM," katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di Semporna pagi ini berkata Kementerian Dalam Negeri bersetuju mewujudkan dua balai polis baharu masing-masing satu di Pulau Bum Bum dan Pulau Mabul.

Beliau berkata ia dijangka beroperasi secepat mungkin untuk mengukuhkan tahap keselamatan di beberapa 'kawasan panas' di sekitar Semporna.

"Saya berharap ia dapat beroperasi secepat mungkin. Kalau ia mengambil masa sedikit, kita akan gunakan kabin sementara untuk memastikan balai polis itu dapat beroperasi dengan segera.

"Ini perlu (balai polis) kerana operasi pembersihan (saki baki pengganas Sulu) masih dilakukan di Lahad Datu dan Semporna," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan kira-kira sejam di Kampung Senalang Lama.

"Apa yang kita lakukan ini ialah memastikan keselamatan penduduk Semporna. Kita bukan sahaja beri jaminan keselamatan kepada mereka malah dengan menempatkan lebih ramai anggota keselamatan akan membuatkan mereka rasa lebih yakin dan selesa," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata penglibatan ketua kampung, jawatankuasa penduduk, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam telah menyumbang kepada usaha menjaga daerah Semporna daripada ancaman pengganas.

"Saya telah mengarahkan semua agensi penguat kuasa turun membantu dengan mendapat nasihat daripada pihak polis," katanya.

Sambil memuji semangat yang ditunjukkan penduduk Kampung Senalang Lama ketika menghadapi krisis dijadikan tebusan oleh seorang pengganas pada 2 Mac lalu, beliau berkata tindakan berani mereka melawan musuh itu amat luar biasa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan