Kerajaan Kedah Digesa Perjelas Isu Projek Perumahan Terbengkalai

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemuda Gerakan Kedah menggesa kerajaan negeri itu memberi penjelasan berhubung kedudukan tiga projek perumahan membabitkan pembinaan 3,399 unit rumah mampu milik dan kos rendah yang diumum pada 2009 dan 2010.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata tinjauan pihaknya di tiga tapak projek terbabit mendapati keadaan di situ kini sudah ditumbuhi semak samun selain rumah contoh pula rosak teruk.

Penjelasan ini perlu kerana Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika melancarkan satu daripada projek pada 2010 mendakwa semua rumah sudah ditempah, katanya pada sidang media, di sini, Rabu.

Menurut Tan, jika itu yang berlaku kerajaan negeri perlu membayar ganti rugi kepada pembeli kerana gagal menyerahkan rumah terbabit selepas tiga tahun projek dilancarkan seperti yang diperuntukkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1966.

Mengikut akta itu rumah hendaklah disiapkan dalam tempoh dua tahun selepas Perjanjian Jual Beli ditandatangani dan pemaju perlu membayar kerugian akibat kelewatan pada kadar 10 peratus setahun yang bermakna kerajaan perlu bayar RM3.584 juta untuk dua tahun, katanya.

Tan merujuk kepada projek Bandar Sejahtera Pokok Sena yang membabitkan pembinaan 1,811 unit rumah termasuk 128 unit rumah teres dua tingkat yang dikatakan Azizan habis ditempah.

Azizan melancarkan projek bernilai RM230 juta itu pada Januari 2010.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang itu turut melancarkan dua lagi projek perumahan untuk rakyat iaitu projek Bandar Tunku Putri Pokok Sena pada Februari 2009 dan 660 unit apartmen kos rendah di Bandar Darulaman, Jitra pada Mei 2010.

Azizan ketika melancarkan projek Bandar Tunku Putri itu berkata pembinaan akan dijalankan anak syarikat milik kerajaan negeri Darulaman Realty Sdn Bhd.

"Tinjauan ke tapak projek itu dua minggu lepas mendapati beberapa buah rumah yang dibina tidak siap. Rumah contoh dan pejabat pemasaran pula rosak. Tapak projek Bandar Tunku Putri dan apartmen kosong dan ditumbuhi semak.

"Adakah selepas ini Barisan Nasional perlu menyelesaikan segala masalah yang ditinggalkan kerajaan pakatan pembangkang (jika memenangi pilihan raya umum akan datang)," kata Tan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan