Kaitkan Anwar Dalang Insiden Pengganas Sulu Melampau - Azmin

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud usaha pemimpin politik tertentu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Menyifatkan ia sebagai perbuatan melampau, Mohamed Azmin bagaimanapun mengakui tidak terkejut dengan perkembangan berkenaan.

"Kita menghidu ada usaha beberapa pimpinan politik yang cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada soal keselamatan kepada isu lain untuk menutup kelemahan mereka dalam menangangi masalah di Lahad Datu dan Semporna.

"Bagaimanapun ini bukan perkara baru, sudah 15 tahun semua masalah negara dibebankan kepada Anwar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Terbaru sebuah akhbar pada Rabu melaporkan pendedahan yang dibuat laman web Wikileaks pada 2007 mengenai hubungan Anwar dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang disifatkan sebagai 'rakan lama'.

Dilaporkan juga Nur Misuari yang ketika itu menjadi tahanan di rumahnya mempunyai hasrat menakluk Sabah dari Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai pendedahan itu Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, hubungan baik atau pertemuan Anwar dengan Nur Misuari tidak perlu dijadikan isu kerana bekas pemimpin MNLF itu pernah dilantik sebagai Gabenor Mindanao.

"Semua pemimpin mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari kerana ketika itu beliau adalah Gabenor Mindanao. Tapi kalau nak kaitkan apa yang berlaku di Lahad Datu (dengan Anwar) itu adalah melampau," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan