Jangan Perlekeh Kemampuan Pasukan Keselamatan Negara - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kanan) sambil diperhatikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi semasa hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kanan) sambil diperhatikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi semasa hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Rakyat diingatkan supaya tidak sesekali memperlekeh atau memperkecil kemampuan pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat sebaliknya perlu bersatu memberi sokongan moral kepada pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.

"Inilah masa dan ketika paling sesuai untuk rakyat bersatu padu bersama-sama memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan keselamatan negara. "Pasukan keselamatan kita sedang berusaha menghapuskan penceroboh militan ini di Sabah, jadi saya harap kita ketepikan perbezaan pendapat serta politik di kalangan kita kerana ini soal pertahanan dan keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, dekat sini.

Ahmad Zahid bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di pangkalan udara itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua perajurit negara iaitu Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, yang terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan anggota pasukan keselamatan agar sentiasa berhati-hati semasa menjalankan operasi itu.

"Penceroboh militan ini berpengalaman serta terlatih, jadi anggota yang sedang bertugas di Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Kampung Tanduo perlu beringat dan berhati-hati," katanya.

Beliau juga percaya pengganas militan itu mempunyai budaya berdendam yang diamal dari satu generasi ke satu generasi terutama apabila anggota kumpulan mereka tewas dalam apa jua pencerobohan yang mereka lakukan.

Justeru itu Ahmad Zahid meminta pasukan keselamatan agar sentiasa berada dalam situasi siapsiaga setiap masa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan