Enam Pasukan Perubatan Bertugas di Empat Pusat Pemindahan di Lahad Datu

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Enam pasukan perubatan dengan 44 doktor ditempatkan di empat pusat penempatan sementara bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang terjejas dalam insiden pencerobohan kumpulan militan di sini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pasukan perubatan itu beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang. "Ini penting untuk kita memastikan penyakit awal kanak-kanak dan saya berpuas hati dengan tindakan awal yang diambil pegawai saya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat penempatan sementara Cenderawasih yang menempatkan kira-kira 507 penduduk, pada Rabu.

Pada masa ini terdapat kira-kira 1,400 penduduk dari kampung yang terlibat dengan Operasi Daulat di empat pusat pemindahan iaitu Dewan Serbaguna Embara Budi, Dewan Serbaguna Fajar Harapan, Dewan Serbaguna Cenderawasih dan Dewan Serbaguna Gemala Pura.

Mereka adalah penduduk dari Kampung Sungai Merah, Tanjung Labian, Sungai Bilis, Tanjung Batu, Tanduo, Tangian dan Fajar Harapan.

Liow berkata beliau dimaklumkan sehingga kini hanya dua kanak-kanak dihantar ke Hospital Lahad Datu kerana mengalami cirit-birit dan lelah.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk memberi perhatian terhadap aspek kesihatan dan bergotong-royong untuk memastikan persekitaran pusat penempatan itu bebas daripada penyakit berjangkit.

"Saya melihat tahap kebersihan belum memuaskan seperti tandas kurang bersih dan belum mencukupi, tong sampah tidak tertutup dan aliran air longkang tersumbat. "Saya telah mengarahkan pegawai saya menambah bilangan tandas dan mengatasi kekurangan tong sampah selain memastikan longkang tidak tersumbat dengan segera," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan