5 Telco Disaman

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan saman sejumlah RM920,000 kepada Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd.

SKMM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata syarikat-syarikat itu disaman kerana melanggar syarat lesen mereka, khususnya kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar telah didaftarkan dengan betul.

"Celcom Axiata menerima lapan saman berjumlah RM400,000, Merchantrade tujuh saman (RM240,000) dan U Mobile empat saman (RM100,000).

"Maxis Mobile menerima tiga saman (RM150,000) dan Maxis Broadband serta Tune Talk masing-masing menerima saman sebanyak RM10,000," kata suruhanjaya itu.

Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu melihat kegagalan memastikan pendaftaran betul maklumat pengguna yang tepat sebagai kesalahan yang serius.

"Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklumat tentang kes-kes di mana nombor MyKad atau IC serta nama-nama individu telah digunakan walhal individu berkenaan tidak pernah memohon perkhidmatan tersebut daripada syarikat telekomunikasi yang dimaksudkan," katanya.

Pembekal perkhidmatan atau wakil-wakil mereka dikehendaki untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan seperti yang terkandung dalam MyKad atau lain-lain dokumen pengenalan rasmi, seperti pasport, katanya.

"Pendaftaran ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat pengguna akhir yang juga merupakan pelanggaran syarat lesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan