Saudara Terdekat Jamalul Kiram Ditahan - Berita Semasa | mStar

Saudara Terdekat Jamalul Kiram Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Saudara terdekat Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu ditahan polis dalam usaha mengesan 20 lagi suspek utama yang mempunyai kaitan dengan pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Tanduo.

Polis enggan mendedahkan butiran mengenai maklumat keluarga Kiram yang sedang diburu tetapi sekurang-kurangnya dua suspek dipercayai adalah adik dan sepupu kepada Raja Muda Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata itu ke Tanduo.

Suspek pertama yang terlibat dalam mengangkut ikan, tinggal di Lahad Datu bersama dengan keluarganya dan berpindah ke Semporna baru-baru ini.

Dia menghilangkan diri selepas membantu dalam rundingan dengan kumpulan pengganas tersebut bagi menamatkan pencerobohan yang bermula pada 12 Februari lalu.

Namun tidak diketahui sekiranya dia adalah salah seorang yang ditahan memandangkan keluarga Kiram mempunyai ramai saudara yang tinggal di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Mereka yang ditahan setakat ini melibatkan sekurang-kurangnya tujuh anggota beruniform, seorang ahli politik tempatan dan ramai pesimpati di Lahad Datu dan Semporna di mana serbuan dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, enam lagi suspek ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan pengganas menjadikan jumlah tahanan kepada 97 orang.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Beliau berkata 125 yang lain turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan zon merah, lokasi di mana Ops Daulat sedang dijalankan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan