Op Daulat: Polis Buka 2 Kertas Siasatan

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Cek Wira Operasi Daulat.

Turut hadir Pengerusi Felda Global Venture (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan dan Hartanah DRB-Hicom Berhad Datuk Mohamed Razeek Md Hussain.

Khalid berkata polis sentiasa mengawasi keadaan di Lahad Datu dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.

Dalam pada itu, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap individu yang memperlekeh dan mempersoal tindakan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam Operasi Daulat.

Tindakan juga akan dikenakan terhadap pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara, katanya.

"Saya ingin memberi amaran kepada mereka-mereka ini, arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. Ini satu perbuatan yang amat keji.

"Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Beliau berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Pada majlis itu, FGV memberi sumbangan RM120,000 dan DRB-Hicom RM98,000 kepada waris lapan anggota polis yang terkoban dan lima yang cedera dalam Operasi Daulat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan