Keluarga Allahyarham Mohd Azrul Jadi Keluarga Angkat Persatuan Jaksa Pendamai Selangor

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Keluarga Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, yang terbunuh dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna, Sabah, pada 2 Mac lepas, dijadikan keluarga angkat Persatuan Jaksa Pendamai Selangor.

Presidennya Datuk Mokhtar Dahlan berkata sebagai keluarga angkat, pihaknya akan menziarahi keluarga Allahyarham secara berjadual.

Beliau mengumumkan demikian selepas majlis tahlil untuk Allahyarham di kediaman keluarganya di Kampung Rantau Rantau, di sini, malam Isnin.

Mohd Azrul, 27, dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Sabah, adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap anggota kumpulan bersenjata di perkampungan atas air itu.

Allahyarham merupakan anak keenam dari tujuh beradik dan bapanya Tukiran Ahmad, 65, merupakan seorang bekas askar. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan