Kawasan Keselamatan Khas Sabah Dikenali Sebagai Esscom - KM Sabah

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada Isnin mengumumkan bahawa kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah akan dikenali dengan nama Eastern Sabah Security Command (Esscom).

Beliau berkata, nama Esscom itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) pada mesyuaratnya di sini, Isnin.

"Penggunaan nama Esscom juga dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perincian butiran lanjut mengenai hal ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.

Khamis lepas, Najib mengumumkan pembentukan kawasan keselamatan khas ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pencerobohan pengganas Sulu di Felda Sahabat 16, berdekatan dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kumpulan pengganas dari selatan Filipina itu memasuki Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu dan sejak itu menjadikan kampung tersebut sebagai kubu mereka serta enggan menyerah diri atau meletakkan senjata.

Pada 1 dan 2 Mac lalu, kumpulan pengganas itu telah bertindak ganas dengan melakukan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan negara, mengakibatkan lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul, Semporna.

Musa, semasa mengadakan persidangan video dengan Najib di Putrajaya pada Isnin, berkata rakyat menyambut baik pengumuman perdana menteri mengenai pembentukan kawasan keselamatan khas dari Kudat hingga ke Tawau.

Selain itu, lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang kawasan itu dengan pusat kawalannya di Lahad Datu.

"Saya yakin, langkah ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat, pelabur dan pelancong terhadap tahap keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah," katanya.

Pada persidangan video itu, Musa turut menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga keselamatan rakyat di Sabah khususnya di Lahad Datu.

"Pengorbanan anggota keselamatan tidak sekali-kali akan dilupakan sebaliknya rakyat Sabah akan terus mengingati dan menyanjung tinggi segala bakti dan pengorbanan mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan