Doris Sophia Dilantik Semula Timbalan YDP Dewan Negara - Berita Semasa | mStar

Doris Sophia Dilantik Semula Timbalan YDP Dewan Negara

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Doris Sophia Brodi pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Senator dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara untuk penggal kedua.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berikrar akan menunaikan kewajipannya dengan jujur dan segala daya upaya untuk menumpahkan taat setia kepada negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan Malaysia.

Doris Sophia, 53, yang merupakan Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) mula dilantik sebagai Senator pada 12 Mac 2010.

Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Sarawak pertama yang dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada 26 Januari 2012. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan