Sekolah Di Lahad Datu, Semporna Dibuka Semula

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Lima puluh empat sekolah lima di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula pada Isnin selepas polis mengesahkan keadaan di kawasan itu adalah selamat dan terkawal.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsuddin Mat berkata lima sekolah yang dibuka di Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

"Hanya tiga sekolah di Lahad Datu yang belum dibuka iaitu SK Lok Buani, SK Fajar Harapan dan SK Tanjung Labian kerana berada dalam kawasan zon merah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Tinjauan Bernama di SK Sahabat 4 di sini mendapati kehadiran pelajar terlalu sedikit berikutan ada ibu bapa tidak mengetahui bahawa sekolah telah dibuka semula.

"Kira-kira 80 murid dan 10 guru hadir hari ini," kata Penolong Kanan 1 SK Sahabat 4 Mohamad Ostad Ulang dan memberitahu sekolah itu mempunyai 373 murid dan 29 guru.

Di SEMPORNA, keadaan sama berlaku di SK Simunul apabila hanya kira-kira 200 murid hadir pada sesi pagi pada Isnin.

Guru Besar sekolah Sarudah Arun berkata SK Simunul yang melaksanakan persekolahan dua sesi mempunyai 1,321 murid. Sekolah itu ditutup 4 Mac berikutan kejadian serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas yang mengorbankan enam anggota polis dan enam penceroboh militan.

Sarudah berkata ekoran insiden itu 30 daripada 81 guru memohon cuti berganti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan